Harimau Malaya belum puas

Harimau Malaya belum puas

BERGSON (kanan) meraikan gol pertamanya bersama Harimau Malaya pada aksi Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, semalam. - IHSAN MALAYSIA NT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemenangan 3-0 ke atas Bangladesh belum cukup untuk menutup beberapa persoalan Harimau Malaya yang masih mencari keserasian selepas perubahan dalam skuad dan tempoh persiapan singkat.

Ketua jurulatih interim negara, Tan Cheng Hoe mengakui tiga mata dalam aksi pembukaan Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026 itu penting, nanmu anak buahnya masih mempunyai ruang besar untuk memperkemaskan persefahaman sebelum berdepan Indonesia.

Cheng Hoe berkata, beberapa pemain baharu yang diberi peluang turut memerlukan masa untuk benar-benar membentuk keserasian sebagai satu unit, terutama ketika melakukan transisi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertama sekali saya mahu mengucapkan tahniah kepada pemain atas kemenangan pertama menentang Bangladesh. Kami tahu ia bukan perlawanan mudah kerana bermain pada jam 5 petang.

“Sebagai jurulatih, saya sangat berpuas hati dengan keputusan ini dan berharap kami dapat mengekalkan momentum yang baik,” kata Cheng Hoe selepas perlawanan, kelmarin.

Bagaimanapun, beliau melihat kejayaan penyerang naturilisasi baharu negara, Bergson da Silva menjaringkan gol pada penampilan pertamanya bersama Harimau Malaya sebagai suntikan penting untuk meningkatkan keyakinan penyerang berkenaan.

“Saya gembira dengan cara kami bermain, mengawal bola dan menjaringkan gol, Bergson pemain yang pertama kali bersama pasukan juga berjaya menjaringkan gol, jadi ia satu motivasi dan meningkatkan keyakinannya,” katanya.

Cabaran sebenar kini menanti di Stadium Gelora Bung Karno apabila Harimau Malaya hanya mempunyai dua hari untuk pulih, selain perlu menganalisis kelemahan sendiri dan pada masa sama meneliti corak permainan Indonesia.

“Kami tahu bermain menentang Indonesia, terutama di Gelora Bung Karno, akan menjadi perlawanan yang sukar, kami perlu menyamai tahap mereka,” katanya.

Cheng Hoe bagaimanapun menegaskan barisan kejurulatihan dan pemain sudah bersedia untuk menghadapi cabaran itu, dengan kemenangan ke atas Bangladesh perlu diterjemahkan kepada persembahan lebih kemas jika Harimau Malaya mahu meneruskan momentum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×