China Masters: Wooi Yik-Aaron Tai langkah kanan

China Masters: Wooi Yik-Aaron Tai langkah kanan

Aaron Tai yang memiliki jurang usia lapan tahun dengan Soh Wooi Yik membenam wakil Jepun, Hiroki Okamura-Kyohei Yamashita 18-21, 21-12, 21-15 di China Masters, hari ini. - UTUSAN/MUHAMMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain muda berbakat besar, Aaron Tai bersama pasangan baharunya, Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah meneruskan kemaraan ke peringkat 16 terbaik pada Kejohanan Badminton China Masters di Guangdong, China, semalam.

Wooi Yik dan Aaron yang memiliki jurang usia lapan tahun mengambil masa selama 48 minit untuk membenam wakil Jepun, Hiroki Okamura-Kyohei Yamashita 18-21, 21-12, 21-15 di peringkat 32 terbaik.

Kedua-dua pemain itu yang tidak mengambil masa lama mencari keserasian akan berdepan lawan yang jauh lebih mencabar di pusingan seterusnya, esok, apabila dijadual bertemu beregu tuan rumah, Chen Bo Yang-Liu Yi yang menghuni ranking No. 10 dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut mengikut jejak langkah Wooi Yik-Aaron ialah beregu campuran No. 14 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang menewaskan wakil Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Francesca Corbett 21-14, 21-19 dalam masa 30 minit.

Pada peringkat 16 terbaik, Soon Huat-Shevon akan berdepan beregu No. 21 dunia, Akira Koga-Natsu Saito dari Jepun.

Bagaimanapun, nasib berbeza dialami beregu lelaki No. 6 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang hanya bertahan di dalam gelanggang selama 18 minit sebelum mengambil keputusan menarik diri.

Mereka berbuat demikian selepas tewas 16-21 dalam set pertama kepada beregu muda Indonesia, Ali Faathir Rayhan-Devin Artha Wahyudi.

Izzuddin difahamkan mengalami masalah kecederaan ataupun kurang sihat selepas pemain itu dilihat gagal beraksi pada keupayaan sebenarnya.

Turut pulang awal, pemain perseorangan lelaki No. 1 negara, Leong Jun Hao yang tunduk kepada bintang No. 1 dunia, Jonatan Christie 17-21, 19-21 dalam masa 44 minit.

“Pada hujung permainan (set kedua) saya gagal ambil kesempatan, berjaya mendahului beberapa mata, tetapi saya terlalu banyak berfikir macam mana hendak habiskan permainan ini,” kata Jun Hao sewaktu ditemu bual oleh wakil Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas perlawanan tamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini