KL City beraksi 10 pemain lawan Kuching City

KL City beraksi 10 pemain lawan Kuching City

Senarai pemain bagi aksi KL City berdepan Kuching City, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City (KL City) FC beraksi dalam keadaan ‘terpaksa’ menentang Kuching City FC malam ini apabila hanya menyenaraikan 10 pemain dalam senarai utama pemain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Daripada senarai pemain yang dikeluarkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebentar tadi, The City Boys hanya memiliki 11 pemain.

Berdasarkan senarai itu, ketua jurulatih KL City, Datuk Dollah Salleh merehatkan seorang pemain iaitu Fazrul Amir Md Zaman untuk dijadikani pemain gantian tunggal bagi perlawanan ini.

Penjaga gol KL City diisi oleh import dari Filipina, Quincy Kammeraad manakala pertahanan dibarisi oleh Adam Nor Azlin, Kamal Azizi Zabri, Syazwan Andik Mohd Ishak, Giancarlo Gallifuoco dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Tugas di bahagian tengah digalas oleh J. Partiban, Kenny Pallraj dan Sharvin Selvakumaran serta hanya mengharapkan kapten, Paulo Josue di bahagian serangan.

Sebelum ini, KL City tidak dapat turun pada aksi menentang Negeri Sembilan atas alas an beberapa pemain positif influenza.

Terdahulu, MFL menerusi kenyataan hari ini memberikan kelulusan khas buat KL City bagi membolehkan kelab itu mendaftarkan minimum 12 pemain untuk hadapi Kuching City.

MFL menjelaskan keputusan itu dibuat selepas menerima permohonan rasmi daripada KL City berhubung status pendaftaran pemain kelab susulan proses penyelesaian beberapa kes tunggakan yang melibatkan bekas pemain sehingga dikenakan larangan pendaftaran pemain oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN