Sinner ke final selepas belasah Djokovic

Sinner ke final selepas belasah Djokovic

Jannik Sinner membalas bola pukulan Novak Djokovic dalam saingan separuh akhir lelaki Kejohanan Tenis Wimbledon di London, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jannik Sinner menyifatkan Novak Djokovic sebagai ‘inspirasi sebenar’ selepas juara bertahan Wimbledon itu membelasah lawannya itu 6-4, 6-4, 6-4 dalam aksi separuh akhir tenis Wimbledon, semalam.

Pemain nombor satu dunia itu akan menentang juara Terbuka Perancis, Alexander Zverev, pada perlawanan akhir.

Persembahan cemerlang Sinner itu membalas kekalahannya kepada Djokovic pada separuh akhir Terbuka Australia Januari lalu.

Djokovic sekali lagi gagal dalam usahanya mencipta sejarah dengan meraih gelaran perseorangan Grand Slam ke-25, yang akan memecahkan rekod seri yang dipegangnya bersama Margaret Court.

Namun, pemain berusia 39 tahun itu membuktikan dia masih mampu bersaing dengan pemain yang jauh lebih muda menerusi kemenangan lima jam ke atas pilihan ketiga, Felix Auger-Aliassime, dalam suku akhir paling lama dalam sejarah Wimbledon.

“Walaupun saya mempunyai rentetan kemenangan sejak tahun lalu, anda tetap akan berasa tertekan setiap kali berdepan Novak.

“Itulah sebabnya saya berlatih. Saya sukakan cabaran. Bermain menentang Novak dalam kejohanan Grand Slam sangat berbeza berbanding kejohanan Masters.

“Sangat menakjubkan melihat dia masih mampu mempamerkan tahap permainan seperti ini. Saya menonton perlawanan lima jamnya menentang Felix. Tahap permainannya sangat tinggi,” kata Sinner. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN