Marquez hanya 18 mata di belakang Martin

Marquez hanya 18 mata di belakang Martin

Marc Marquez meraikan kejayaannya menjuarai perlumbaan Grand Prix Jerman di Hohenstein-Ernstthal, Chemnitz, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SACHSENRING, Jerman: Pelumba Ducati, Marc Marquez mengakui dia tidak menyangka kembali berada dalam perebutan kejuaraan dunia MotoGP musim ini selepas meraih kemenangan bergaya pada Grand Prix (GP) Jerman, sekali gus merapatkan jurang kepada 18 mata di belakang pendahulu, Jorge Martin.

Kejayaan itu menyaksikan juara dunia tujuh kali berkenaan melonjak ke tangga ketiga keseluruhan selepas bangkit daripada permulaan musim yang sukar akibat kecederaan bahu.

Marquez sebelum ini ketinggalan 102 mata selepas GP Itali selain terlepas perlumbaan GP Perancis serta keseluruhan pusingan di Barcelona.

Bagaimanapun, rentetan kemenangan di Hungary, Republik Czech dan Jerman, ditambah kegagalan Marco Bezzecchi mengutip mata dalam empat GP berturut-turut membuka semula peluang Marquez untuk mencabar kejuaraan musim ini.

“Saya sendiri tidak faham apa yang sedang berlaku. Saya sudah katakan perkara ini selepas perlumbaan sebelum ini.

“Kami hanya cuba memaksimumkan prestasi di litar yang sesuai dengan saya dan bertahan di litar yang lebih mencabar,” katanya selepas perlumbaan di Sachsenring, kelmarin.

Menurut Marquez, masih terdapat beberapa aspek fizikal yang perlu dipertingkatkan sekiranya mahu terus bersaing merebut gelaran dunia.

“Jika mahu bersaing untuk kejuaraan, saya perlu memperbaiki keadaan lengan kanan. Itulah perkara paling penting yang perlu saya beri perhatian.

“Sepanjang cuti pertengahan musim ini saya akan berehat dari segi mental, namun pada masa sama perlu bekerja keras untuk menguatkan semula lengan kanan, terutama bahagian yang masih lemah.

“Ada ketika saya hanya mampu menunggang motosikal, tetapi tidak dapat menggerakkan badan seperti yang saya mahukan. Itulah yang perlu saya perbaiki,” katanya.

Pelumba berusia 33 tahun itu berkata, dia akan menggunakan tempoh rehat pertengahan musim untuk mengaktifkan semula otot yang masih lemah sebelum mengharungi baki saingan musim ini.

“Jika saya mampu meningkatkan kekuatan lengan kanan, saya percaya kami boleh mencabar kejuaraan pada separuh kedua musim ini. Jika tidak, kami akan terus berusaha mendapatkan keputusan terbaik pada setiap perlumbaan,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN