Keputusan FIFA resahkan skuad Amerika Syarikat - Balogun

Keputusan FIFA resahkan skuad Amerika Syarikat – Balogun

Folarin Balogun sudah mengetahui keputusan FIFA membenarkannya beraksi walaupun menerima kad merah mengundang kemarahan ramai. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Penyerang Amerika Syarikat (AS), Folarin Balogun mengakui keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menggantung pelaksanaan hukuman penggantungan satu perlawanannya pada Piala Dunia 2026 sememangnya dijangka mencetuskan kontroversi besar.

Balogun berkata, meskipun gembira dapat kembali menyarung jersi AS, dia sedar keputusan luar biasa itu akan menjadi perhatian ramai kerana belum pernah berlaku sebelum ini dalam kejohanan terbesar bola sepak dunia.

“Saya gembira dapat kembali bersama pasukan, tetapi apabila saya memikirkannya semula, saya tahu keputusan itu akan menimbulkan banyak kontroversi.

“Saya juga dapat melihat sedikit kegelisahan dalam kalangan rakan sepasukan kerana situasi ini sangat unik,” katanya kepada CBS Mornings.

Penyerang berusia 25 tahun itu dilayangkan kad merah ketika membantu AS menewaskan Bosnia dan Herzegovina 2-0 pada 1 Julai selepas butnya mengenai buku lali pertahanan lawan, Tarik Muharemovic, sekali gus dikenakan penggantungan automatik satu perlawanan.

Namun, beberapa hari kemudian FIFA membuat keputusan mengejut apabila menggantung pelaksanaan hukuman tersebut bagi tempoh percubaan selama setahun, selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan meminta Presiden FIFA, Gianni Infantino, menilai semula keputusan berkenaan.

Keputusan berasaskan Artikel 27 Kod Tatatertib FIFA itu membolehkan Balogun beraksi dalam pusingan 16 terbaik menentang Belgium, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat mengenai ketelusan proses disiplin badan induk bola sepak dunia itu. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN