Misi Jepun benam Brazil

Misi Jepun benam Brazil

Penyerang Sweden, Alexander Isak (kiri) dan tonggak tengah Jepun, Daichi Kamada bersaing mendapatkan bola dalam aksi Kumpulan F Piala Dunia 2026 di Stadium Dallas, Arlington, semalam. Jepun dan Sweden layak ke pusingan 32 terbaik selepas seri 1-1. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Skuad Jepun dijangka berdepan tugas getir dalam kempen Piala Dunia 2026 apabila menentang Brazil pada peringkat 32 terbaik yang dianggap misi sukar di atas kertas namun tidak mustahil bagi Samurai Biru mencipta kejutan.

Bagaimanapun, skuad kendalian Hajime Moriyasu tidak turun sebagai pelengkap jadual apabila berjaya mara ke peringkat kalah mati selepas menamatkan saingan Kumpulan F di kedudukan kedua dengan kutipan lima mata yang cukup untuk melayakkan diri ke fasa seterusnya.

Jepun hadir ke pentas Piala Dunia kali ini dengan mesej jelas bahawa mereka bukan lagi pasukan belasahan, sebaliknya mampu mencabar kuasa besar bola sepak dunia selepas mempamerkan aksi konsisten di peringkat kumpulan.

Antara bukti keteguhan mereka apabila mencatat keputusan seri 2-2 menentang Belanda, turut berkongsi mata ketika berdepan Sweden, selain membelasah Tunisia 4-0 dalam satu persembahan penuh meyakinkan yang mencuri perhatian ramai.

Lebih menarik, Jepun pastinya masih menyimpan memori manis apabila pernah menewaskan Brazil 3-2 dalam aksi persahabatan pada November 2025, sekali gus menjadi suntikan keyakinan menjelang pertemuan rasmi yang lebih berintensiti tinggi ini.

Namun begitu, cabaran Brazil tetap bukan calang-calang apabila skuad Selecao turun dengan reputasi selaku kuasa besar dunia bola sepak, dibarisi bintang-bintang berkelas dunia di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, Carlo Ancelotti.

Brazil turut melangkah ke pusingan kalah mati dengan status juara Kumpulan C selepas mengumpul tujuh mata bersama Maghribi, sekali gus dijangka tampil dengan keyakinan tinggi untuk memburu satu lagi gelaran dunia, meskipun perlu menempuh halangan sengit dari Jepun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN