Mexico, Korea Selatan buru tiket awal

Mexico, Korea Selatan buru tiket awal

SKUAD Korea Selatan melakukan latihan akhir sebelum menentang Mexico esok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUADALAJARA: Mexico dan Korea Selatan bakal mempertaruhkan rekod sempurna masing-masing apabila bertarung dalam aksi kedua Kumpulan A Piala Dunia 2026, esok.

Mexico kini mengalihkan tumpuan sepenuhnya kepada aksi menentang Korea Selatan sebelum berdepan Republik Czech, dengan ketua jurulatihnya, Javier Aguirre menegaskan pasukannya tidak terlalu memikirkan untuk muncul juara kumpulan.

“Kami langsung tidak obses untuk memenangi kumpulan ini. Hari ini kami hanya fokus kepada Korea Selatan. Ia bukan sesuatu yang relevan atau menjadi keutamaan kami.

“Keutamaan kami adalah untuk fokus kepada Korea Selatan, bergerak selangkah demi selangkah dan membuat persiapan terbaik untuk masa depan,” katanya.

Sebagai tuan rumah bersama, Mexico memulakan kempen dengan langkah kanan selepas menewaskan Afrika Selatan 2-0, namun Aguirre berdepan dilema besar susulan penggantungan tonggak pertahanan, Cesar Montes.

Montes dilayangkan kad merah dalam aksi pembukaan yang penuh dramatik apabila tiga pemain dibuang padang, sekali gus memaksanya diketepikan pada perlawanan menentang Korea Selatan.

Korea Selatan pula hadir dengan keyakinan tinggi selepas menewaskan Republik Czech 2-1 menerusi jaringan kemenangan lewat penyerang, Oh Hyeon Gyu.

Lebih menggembirakan jurulatih, Hong Myung Bo, beliau dijangka menerima semula khidmat dua pemain tengah, Bae Jun Ho dan Kim Tae Hyeon yang semakin pulih daripada kecederaan.

Myung Bo bagaimanapun masih perlu membuat keputusan penting mengenai peranan kaptennya, Son Heung Min yang dilihat kurang menyerlah sejak berhijrah ke kelab Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS), LAFC tahun lalu.

Bekas bintang Tottenham Hotspur itu mungkin beraksi lebih ke dalam bagi memberi ruang kepada Hyeon Gyu yang muncul wira skuad Taeguk Warriors pada aksi pembukaan untuk mengetuai serangan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN