Skuad bola tampar pantai B-18 sedia gegar Tashkent

Skuad bola tampar pantai B-18 sedia gegar Tashkent

PASUKAN lelaki negara yang akan beraksi di Kejohanan Bola Tampar Pantai Asia Bawah 18 Tahun (B-18) di Tashkent, Uzbekistan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bola tampar pantai remaja negara bertekad mengharumkan nama Malaysia apabila memulakan kempen di Kejohanan Bola Tampar Pantai Asia Bawah 18 Tahun (B-18) di Tashkent, Uzbekistan yang bermula hari ini sehingga 10 Mei.

Pengerusi Bola Tampar Pantai Malaysia, Hean Boon Yeow berkata, Malaysia mempertaruhkan dua pasukan lelaki dan dua pasukan wanita.

Katanya, cabaran pasukan lelaki negara akan digalas oleh gandingan Tan Yong Jen-Muhammad Azib Rayyan Ragib bersama satu lagi pasangan, Enzo Ng Zo Yan-Muhammad Irfan Danial Johan.

“Manakala bagi saingan wanita, sandaran diletakkan di bahu Goh Yu Heng yang bergandingan dengan Nur Azwa Qariesya Mohammad Noor Aizuddin serta pasangan Puteri Balgis Azlan dan Nur Amni Liyana Shamsulrizal.

“Keseluruhan skuad negara kali ini membawa misi besar di bawah bimbingan ketua jurulatih, Bun Lai Ken serta turut diiringi oleh pengurus pasukan, Tan Siew Li,” katanya.

Boon Yeow menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan barisan pemain muda negara serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak keluarga yang menjadi nadi kekuatan pasukan.

“Sokongan padu daripada para ibu bapa serta jurulatih yang hadir memberi sokongan dan mengiringi pemergian atlet di lapangan terbang amat dihargai.

“Sokongan anda semua adalah tulang belakang kepada semangat dan keyakinan mereka untuk berjuang di pentas antarabangsa,” katanya.

Kejohanan yang berlangsung selama lima hari itu dijangka bakal menghimpunkan jaguh-jaguh muda dari seluruh benua Asia sekali gus menjadi medan ujian terbaik buat barisan pelapis bola tampar pantai negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN