Selangor tidak boleh kalah

Selangor tidak boleh kalah

PEMAIN Selangor FC, Quentin Cheng (kiri) dan Mohammad Abualnadi ketika sesi latihan menjelang aksi berdepan Penang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.-IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC perlu menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri pada aksi Liga Super menentang Penang FC di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya(MBPJ), malam ini.

Skuad kendalian Kim Pan Gon tidak boleh tercicir sebarang mata dalam dua baki saingan musim ini bagi memastikan mereka kekal dalam perburuan gelaran naib juara Liga Super pada musim ini.

Pengurus Selangor FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, fokus utama ketika ini adalah memastikan kemenangan bagi mengekalkan momentum positif pasukan dalam merebut kedudukan naib juara.

Katanya, aksi menentang Penang di laman sendiri malam ini menjadi tumpuan dengan sasaran tiga mata penuh, berbekalkan rentetan kemenangan ke atas Kelantan The Real Warriors 6-0 sebelum ini.

“Pendekatan kami jelas, satu perlawanan pada satu masa. Bagi aksi esok (hari ini), sasaran adalah tiga mata dengan momentum yang sudah dibina.

“Kita perlu berwaspada dan berhati-hati dengan pendekatan taktikal Penang yang pasti akan menggunakan pemain sayap dan ‘wingback’ mereka dari kiri dan kanan, katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam masa sama, skuad Gergasi Merah dilihat mempunyai kelebihan besar sebagai tuan rumah di Stadium MBPJ menjelang baki liga super yang semakin ke penghujung.

Mahfizul menambah, kelebihan beraksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pemain bagi memastikan misi memburu tiga mata tidak terlepas.

Untuk rekod, pada aksi pertama di Penang menyaksikan Selangor berjaya menewaskan skuad kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail dengan keputusan 5-1.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN