Pearly-Thinaah bakal beraksi Terbuka Singapura

Pearly-Thinaah bakal beraksi Terbuka Singapura

Pearly Tan (kanan) akan menyertai Terbuka Singapura minggu ini selepas pulih daripada kecederaan belakang. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah akhirnya kembali mendapat lampu hijau untuk beraksi pada Terbuka Singapura 2026 yang bermula Selasa ini.

Perkembangan positif itu disahkan ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak selepas Pearly disahkan semakin pulih daripada kecederaan belakang yang dialaminya sebelum ini.

Menurut Rosman, pasangan ranking kedua dunia itu kini berada dalam keadaan lebih baik dan bersedia untuk kembali mengharungi saingan kompetitif di pentas antarabangsa.

“Insya-Allah, Pearly-Thinaah akan bermain di Terbuka Singapura,” kata Rosman.

Sebelum ini, pasangan negara tersebut terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 selepas Pearly masih belum pulih sepenuhnya daripada masalah kecederaan belakang.

Pearly difahamkan mengalami semula kecederaan tersebut ketika beraksi pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 di Ningbo, China bulan lalu sehingga memaksanya menjalani tempoh rehat dan pemulihan.

Akibat kecederaan itu juga, Pearly tidak dapat membantu skuad negara pada kempen Piala Uber 2026 di Horsens, Denmark baru-baru ini.

Pada aksi pusingan pertama di Singapura nanti, Pearly-Thinaah dijadual memulakan cabaran menentang pasangan Taiwan, Hu Ling Fang-Jheng Yu Chieh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN