Mugello sedia sambut kepulangan Marquez

Mugello sedia sambut kepulangan Marquez

Marc Marquez terlibat kemalangan semasa berlumba dalam acara sprint Grand Prix Sepanyol di litar Jerez, April lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUGELLO: Juara dunia MotoGP, Marc Márquez dijangka kembali mewarnai saingan Grand Prix (GP) Itali hujung minggu ini selepas namanya tersenarai dalam senarai penyertaan sementara perlumbaan di Litar Mugello.

Menurut laporan Motorsport.com, pelumba Sepanyol itu bagaimanapun masih belum membuat pengesahan rasmi sama ada akan kembali berlumba selepas menjalani pembedahan bahu kanan dan kaki.

Marquez terlepas aksi GP Catalunya sebelum ini susulan kecederaan yang dialami ketika perlumbaan pecut di Le Mans sehingga menyebabkan tulang kakinya retak.

Kecederaan tersebut turut memaksa pasukan perubatannya mempercepatkan pembedahan bahu bagi membuang skru rosak yang menekan saraf radial.

Pelumba pasukan Ducati Lenovo itu kini dilaporkan sudah menjalani tempoh pemulihan selama dua minggu dan perlu melepasi pemeriksaan kesihatan rasmi MotoGP esok sebelum dibenarkan turun ke litar.

Dalam perkembangan sama, adiknya, Alex Marquez sah tidak akan beraksi di Mugello bersama pelumba LCR Honda, Johann Zarco selepas kedua-duanya mengalami kecederaan dalam kemalangan di Catalunya.

Setakat ini, pengganti bagi kedua-dua pelumba berkenaan masih belum diumumkan.

LCR dalam kenyataan rasmi memaklumkan Zarco sedang menunggu tarikh pembedahan manakala pasukan itu masih berusaha mencari pelumba gantian untuk beberapa perlumbaan akan datang. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN