KRW FC tunggu 'lampu hijau' ke Liga Super

KRW FC tunggu ‘lampu hijau’ ke Liga Super

Skuad Kelantan Red Warrior FC bersama jurulatih Irfan Bakti Abu Salim (tengah) dalam majlis makan malam di di Kota Bharu, kelmarin. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk mengesahkan kelayakan ke Liga Super musim depan.

Presidennya, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, walaupun sudah layak secara merit dan bersedia, namun kata putus tetap di tangan MFL selaku badan pentadbir liga utama negara.

“Saya rasa mana-mana pasukan yang bermain dalam Liga A1 Semi Pro pasti mempunyai impian untuk melangkah ke Liga Super kerana cabarannya berbeza dan azam sebegini akan memberi lebih suntikan motivasi kepada pemain-pemain. Jadi memang itu harapan kita.

“Kita masih menunggu pihak MFL umumkan kita layak atau tidak ke Liga Super. Kita tahu bukan mudah mahu bermain dalam liga utama negara tetapi setakat ini kita bersedia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam KRW, di sini, kelmarin.

Muhamad Zaki berkata, KRW juga masih menagih khidmat ketua jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim untuk terus mengendali pasukan pada musim hadapan, lebih-lebih lagi jika kelab berpangkalan di Kota Bharu itu benar-benar mendapat slot dalam liga utama.

Menurutnya, pihak kelab bagaimanapun tidak mempunyai hak untuk menyekat mana-mana pemain serta jurulatih daripada mencari haluan baharu dan segala keputusan berkenaan berada dalam tangan masing-masing.

“KRW FC masih memerlukan khidmat beliau (Irfan Bakti). Saya juga melihat sudah wujud keserasian antara pengurusan, kejurulatihan serta pemain dan kita mahu kekalkan semangat kekeluargaan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN