Korea Selatan tunjuk belang

Korea Selatan tunjuk belang

Son Heung-min menamatkan kemarau jaringan dengan dua gol apabila Korea Selatan membuat persiapan untuk Piala Dunia dengan membelasah Trinidad dan Tobago 5-0. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SALT LAKE CITY: Son Heung-min menamatkan kemarau jaringannya dengan dua gol apabila Korea Selatan membuat persiapan untuk Piala Dunia dengan membelasah Trinidad dan Tobago 5-0 dalam perlawanan persahabatan pada hari Sabtu.

Pemain berusia 33 tahun itu berdepan persoalan yang semakin memuncak mengenai prestasinya yang merosot selepas hanya menjaringkan dua gol untuk kelabnya, Los Angeles FC, musim ini.

Gol terakhirnya untuk Korea Selatan hadir dalam perlawanan persahabatan menentang Bolivia pada November 2025.

Namun, kapten pasukan itu kembali menemui sentuhan penyudah apabila Korea Selatan mudah menewaskan pasukan dari Caribbean tersebut di kem latihan mereka di Salt Lake City, dengan rakan penyerang Cho Gue-sung turut menjaringkan dua gol.

Korea Selatan akan berdepan Republik  Czech, Afrika Selatan dan tuan rumah bersama Mexico dalam Kumpulan A, dan akan memulakan kempen mereka menentang Republik Czech di Guadalajara pada 11 Jun.

Son meletakkan pasukannya di hadapan lima minit sebelum tamat separuh masa pertama apabila beliau menyempurnakan hantaran lintang rendah di dalam kotak penalti.

Beliau menggandakan kelebihan pasukannya beberapa minit kemudian menerusi sepakan penalti, dengan rembatan yang tepat ke penjuru gawang.

Jaringan tersebut menjadikan jumlah gol antarabangsanya meningkat kepada 56 gol dalam 144 penampilan, hanya dua gol kurang daripada rekod Korea Selatan milik Cha Bum-kun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN