Villa terlepas peluang pintas United

Villa terlepas peluang pintas United

Bos Aston Villa, Unai Emery - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Aston Villa terlepas peluang untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 0-1 kepada Fulham di Craven Cottage, sebentar tadi.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Ryan Sessegnon pada minit ke-43, sekali gus menghidupkan peluang Fulham untuk kembali beraksi di pentas Eropah musim depan.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Unai Emery kekal ditangga keempat berkongsi 58 mata dengan Manchester United di tempat ketiga.

Walaupun tewas, Villa masih berada di landasan terbaik untuk menamatkan saingan dalam kelompok lima teratas liga, slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Fulham pula kini menghuni tangga ke-10 dengan 48 mata hanya dua mata di belakang Brighton yang berada di kedudukan keenam dalam perebutan slot ke kejohanan Eropah.

Dalam aksi tersebut, Villa hampir mendahului pada minit ke-34 menerusi Morgan Rogers namun percubaannya tersasar. Tidak lama kemudian, Ollie Watkins turut gagal memanfaatkan peluang keemasan.

Fulham kemudian menghukum kelalaian pelawat apabila Sessegnon mudah menyempurnakan bola muntah hasil tandukan Sasa Lukic yang ditepis penjaga gol, Emiliano Martinez.

Memasuki babak kedua, Watkins sekali lagi mensia-siakan peluang terbaik pada minit ke-60 apabila rembatannya melambung tinggi walaupun tidak dikawal.

Fulham hampir menambah jaringan menerusi Timothy Castagne, namun gol tersebut dibatalkan selepas pengadil, Michael Oliver mengesan kekasaran terhadap Martinez.

Emery melakukan beberapa pertukaran bagi menyegarkan jentera serangan, namun usaha itu gagal membuahkan hasil apabila Fulham kekal bertahan hingga wisel penamat.

Villa kini perlu segera bangkit apabila bakal menghadapi Nottingham Forest dalam aksi separuh akhir pertama Liga Europa, Khamis ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN