Maybank sedia gugat TNB, THT

Maybank sedia gugat TNB, THT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki Maybank memasang impian untuk menamatkan penguasaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pasukan Hoki Terengganu (THT) dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) yang membuka tirainya pada 11 April ini.

Jurulatih Maybank, Iman Gobinathan Abdullah berkata, seperti pasukan lain dia turut menetapkan sasaran untuk bergelar juara, namun enggan terlalu memikirkannya.

“Ya sudah tentu kami mahu menjadi juara begitu juga dengan pasukan lain tetapi kita tidak mahu terlalu memikirkannya sebab kita perlu lihat perlawanan demi perlawanan.

“Kami perlu bergerak selangkah demi selangkah. Sudah tentu kita akan berikan yang terbaik sebab semua pasukan maju jadi juara. Jadi, kami cuba sasarkan untuk layak ke final.

“Bukan mudah, kami tahu sebab pencabar seperti TNB ada 12 hingga 13 pemain skuad kebangsaan manakala THT ada enam pemain kebangsaan. Sukar tetapi ia tidak mustahil untuk dilakukan,” katanya.

Iman yang mengambil alih Maybank sejak tahun lalu berjaya membantu pasukannya menamatkan saingan MHL di tempat ketiga manakala THT bergelar juara sementara TNB di tempat kedua.

Mengulas lanjut, Iman berkata pasukannya kini memasuki fasa akhir persiapan apabila dia giat mencari ramuan bagi mendapatkan taktikal terbaik.

“Tahun ini kita ada bawa masuk tujuh pemain baharu. Kombinasi pasukan penting tetapi paling mustahak adalah memperbaiki taktikal dan teknikal pasukan. Masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN