Carolan 'bedah' penyakit lama Speedy Tigers

Carolan ‘bedah’ penyakit lama Speedy Tigers

KEHADIRAN Carolan dijangka bakal memperkuatkan skuad hoki negara menjelang Sukan Asia 2026 di Aichi Nagoya, Jepun- IHSAN FIH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengendali skuad hoki kebangsaan, Brendan Carolan menegaskan skuad negara tidak boleh lagi mencari alasan dalam usaha membentuk pasukan terbaik menjelang saingan Piala Dunia yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi.

Carolan berkata, tempoh persiapan yang singkat menuntut pemain tampil lebih konsisten dan bersedia menghadapi perlawanan kompetitif sebagai medan utama memperkukuh prestasi, bukan sekadar bergantung kepada sesi latihan.

“Latihan memang penting, tetapi perlawanan kompetitif adalah kunci. Kita tiada alasan. Hanya ada sekitar enam bulan untuk benar-benar bersedia menjelang September,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

Menurut Carolan, pendekatan latihan kini lebih berasaskan analisis video dan pembetulan kesilapan secara berfokus, selain menekankan peningkatan aspek taktikal dan mental pemain.

“Serangan kita sudah bagus, kita boleh jaringkan gol. Tapi sekarang fokus kepada pertahanan, penjaga gol, dan elakkan bolos mudah,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan isu utama Speedy Tigers ketika ini ialah konsistensi sepanjang 60 minit permainan, bukan sekadar menunjukkan prestasi baik dalam tempoh tertentu sahaja.

“Cabaran kita ialah bermain konsisten satu perlawanan penuh, bukan hanya dua atau tiga suku permainan,” katanya.

Speedy Tigers bakal mengharungi jadual padat dengan menyertai Piala Negara-Negara Hoki di Cape Town Jun ini, diikuti Piala Dunia Hoki FIH 2026 di Belgium pada Ogos, serta Sukan Asia 2026 di Nagoya, Jepun pada September.

Carolan menambah, keseimbangan antara pemain berkemahiran individu dan disiplin taktikal menjadi kunci utama, selain memastikan kesebelasan utama mampu berfungsi sebagai satu unit yang padu di padang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN