Rennie jurulatih baharu All Blacks

Rennie jurulatih baharu All Blacks

DAVE RENNIE - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Skuad ragbi New Zealand melantik Dave Rennie sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu, menggantikan Scott Robertson yang dipecat di pertengahan kontrak empat tahunnya.

Rennie, 62, yang juga bekas pengendali Australia mengambil alih skuad All Blacks selepas pasukan berkenaan dikatakan melalui penilaian prestasi 2025 mengecewakan selain laporan wujudnya ketegangan dalam kem pemain.

Pengerusi Ragbi New Zealand, David Kirk berkata, pihaknya yakin pengalaman luas Rennie mampu mengembalikan reputasi All Blacks ke landasan sebenar.

“Beliau seorang jurulatih bertaraf dunia yang secara konsisten menunjukkan keupayaan membina persekitaran prestasi yang kukuh dan meraih kemenangan.

“Dave memahami apa ertinya melatih All Blacks dan bermain dengan gaya ragbi yang mencerminkan siapa kami sebagai rakyat New Zealand,” kata Kirk.

Rennie membawa kelab ragbi New Zealand, Chiefs meraih gelaran Super Rugby pada 2012 dan 2013, dua tahun pertamanya sebagai ketua jurulatih.

Selepas meninggalkan Chiefs pada 2017, Rennie berhijrah ke Glasgow Warriors dan kemudian ke Australia untuk mengendalikan Wallabies.

Namun, Rennie dipecat sebelum sempat mengharungi Piala Dunia Rugbi 2023 dan digantikan oleh Eddie Jones.

“Melatih All Blacks adalah satu penghormatan yang luar biasa. Saya amat berbangga kerana diberi kepercayaan untuk memegang jawatan ini dan memahami jangkaan yang datang bersamanya.

“Saya sangat jelas tentang cara saya mahu All Blacks bermain dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan para pemain, pasukan pengurusan dan komuniti ragbi,” kata Rennie. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN