PBMM tidak setuju ubah syarat pemilihan FAM

PBMM tidak setuju ubah syarat pemilihan FAM

Mohd Firdaus Mohamed (kiri) mahu sebarang perubahan terhadap syarat pemilihan perlu dirujuk terlebih dahulu kepada statut persatuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) menolak cadangan syarat pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilonggarkan, kerana ia boleh menjejaskan integriti dan kelangsungan persatuan.

Presiden PBMM, Mohd Firdaus Mohamed berkata, sebarang perubahan terhadap syarat pemilihan perlu dirujuk terlebih dahulu kepada statut persatuan dan mendapat sokongan ahli-ahli gabungan.

“Tujuan statut ini sebenarnya untuk melindungi persatuan. Kalau kita terlalu longgar, semua orang boleh bertanding. Bayangkan kalau ada sejuta calon, siapa yang boleh kawal?” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Jelasnya, pencalonan seharusnya datang daripada persatuan negeri masing-masing bagi memastikan proses demokrasi dalam persatuan berjalan lancar dan teratur.

Dalam pada itu, Mohd Firdaus menegaskan bahawa cadangan pelonggaran syarat pemilihan bukan sesuatu yang boleh dibuat secara tergesa-gesa.

“Perkara ini kena melalui mesyuarat kongres, kena rujuk bahagian undang-undang, banyak prosedur. Jadi bukan sekarang, mungkin pada masa akan datang boleh dipertimbangkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail menegaskan sebarang cadangan untuk melonggarkan syarat pemilihan presiden perlu melalui persetujuan pemegang taruh utama, iaitu Persatuan Bola Sepak Negeri (FA).

“Apa-apa kelonggaran, pindaan atau perubahan statut, ia mesti dapat persetujuan daripada kongres. Pemegang taruh paling besar ialah FA. Mereka yang lebih layak untuk buat keputusan atau cadangan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN