Lebih banyak bakal menyusul - Hamilton

Lebih banyak bakal menyusul – Hamilton

LEWIS HAMILTON - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Selepas meraih podium pertamanya di Shanghai hanya dua minggu lalu, juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton mengakui masih ada lagi yang bakal menyusul menjelang Grand Prix (GP) Jepun pada hujung minggu ini.

Hamilton membuktikan dirinya masih berbisa apabila meraih podium sulung bersama Ferrari pada perlumbaan GP China di Shanghai, baru-baru ini.

Kejayaan tersebut membolehkan pemandu berusia 41 tahun itu menamatkan kemarau podium selama 16 bulan yang dianggap paling panjang dalam karier gemilangnya.

Hamilton sebelum ini turut mencatat keputusan tempat keempat di Melbourne, menjadikan permulaan musim 2026 sebagai yang terbaik sejak 2021, ketika kali terakhir dia bersaing merebut kejuaraan dunia.

“Saya merasakan diri saya kembali ke tahap terbaik, sama ada dari segi mental mahupun fizikal. Namun, masih ada ruang untuk diperbaiki dan saya percaya lebih banyak prestasi boleh dikeluarkan daripada jentera ini,” katanya.

Menurut Hamilton, peningkatan prestasi itu turut didorong oleh kerjasama lebih erat bersama pasukan kejuruteraan Ferrari yang kini lebih terbuka menerima pandangannya.

Pelumba dari Britain itu menjelaskan, situasi tersebut berbeza dengan musim pertamanya bersama pasukan itu apabila terpaksa menyesuaikan diri dengan kereta yang dibangunkan tanpa input daripadanya.

“Saya amat menghargai usaha mereka yang mendengar dan melaksanakan beberapa perkara yang saya cadangkan pada kereta,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN