KL City hanya bernasib baik- Vidakovic

KL City hanya bernasib baik- Vidakovic

KAPTEN KL City, Paulo Josue diasak dua pertahanan Melaka FC pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, kelmarin-UTUSAN ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Kuala Lumpur City (KL City) FC, Risto Vidakovic mengakui pasukannya bernasib baik ketika menewaskan Melaka FC 2-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, kelmarin.

Vidakovic berkata, skuad Warga Kota berdepan cabaran besar, terutama apabila menghadapi pasukan yang berada di kedudukan bawah liga.

“Satu drama besar di hujung perlawanan. Sangat rumit untuk bermain perlawanan sebegini. Tetapi kami bernasib baik dengan gol pada saat-saat akhir,” katanya selepas perlawanan.

Menurut Vidakovic, setiap perlawanan kini di bawah tekanan kerana KL City perlu menang untuk mengekalkan peluang dalam perebutan tempat kedua liga.

“Anda mesti menang setiap perlawanan sekarang, dari sekarang sehingga akhir musim. Hari ini (kelmarin) sangat penting untuk menang bagi menghadapi perlawanan seterusnya,” ujarnya.

Vidakovic juga memuji aksi Safawi Rasid yang berjaya mencipta jaringan penting pada minit akhir.

“Dia seorang ‘pembunuh’ semula jadi. Setiap peluang yang dia ada, dia akan gunakannya. selain berbakat, dia seorang lelaki yang baik dan peribadi yang positif untuk pasukan,” katanya.

Melangkah ke perlawanan seterusnya, Vidakovic menegaskan fokus pasukan adalah untuk terus menang dan cuba bersaing dalam perebutan naib juara liga.

“Kami akan cuba menang. Jika mahu kekal di sana untuk berjuang merebut tempat kedua, anda perlu keluar dan cuba memenangi setiap perlawanan.

“Segalanya rumit tetapi pemain-pemain ini berhak mendapat semua pujian atas usaha mereka tahun ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN