JDT tidak boleh terlalu selesa

JDT tidak boleh terlalu selesa

TUNKU Mahkota Ismail memberi kata-kata semangat kepada pemain-pemain JDT dalam bilik persalinan.-IHSAN HRH Crown Prince of Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak boleh terlalu selesa dengan kejayaan menewaskan Sanfrecce Hiroshima 3-1 pada aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), kelmarin.

Pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan bahawa perjalanan skuad Harimau Selatan masih jauh sambil menganggap kemenangan yang dilakar di laman sendiri sebagai separuh perjalanan bagi aksi pusingan 16.

Baginda yang juga Pemangku Sultan Johor bagaimanapun berbangga dengan prestasi skuad kendalian Xisco Munoz yang berjaya mengejutkan kelab Jepun itu yang berada dalam kelompok tiga teratas di peringkat Liga ACLE Zon Timur sebelum ini.

“Masih satu perjalanan yang jauh perlu diharungi. Bangga dengan pasukan, tetapi ini baru separuh masa,” tulis Tunku Mahkota Ismail dalam satu komen di laman Instagram kelab itu.

Tunku Mahkota Ismail turut memuat naik beberapa gambar meraikan kemenangan manis itu di Stadium Sultan Ibrahim serta ketika baginda memberikan kata-kata semangat kepada pemain Harimau Selatan di dalam bilik persalinan.

Dalam aksi berkenaan, JDT menguasai perlawanan pertama kalah mati itu selepas Sanfrecce Hiroshima berdepan detik sukar apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain susulan kad merah yang diterima pemain pertahanan mereka, Kim Ju Sung pada minit ke-26.

Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh Harimau Selatan dengan meledak tiga gol menerusi Ager Aketxe, Bergson da Silva dan Marcus Guilherme pada minit ke-52, 63 dan 85 manakala jaringan tunggal Sanfrecce diperoleh hasil jaringan sendiri Nene pada minit 86.

Kemenangan itu juga menyaksikan dendam JDT terbalas selepas tewas 1-2 kepada Sanfrecce Hiroshima pada aksi peringkat liga, 10 Februari lalu yang mana ketika itu mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Jonathan Silva dilangkan kad merah pada minit ke-15.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN