Havertz selamatkan Arsenal

Havertz selamatkan Arsenal

PEMAIN Arsenal, Kai Havertz menyempurnakan penalti pada lewat permainan untuk mengikat Bayer Leverkusen 1-1 dalam kempen Liga Juara-Juara di tempat lawan, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LEVERKUSEN: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan jaringan penalti Kai Havertz ketika menentang bekas kelabnya sebagai satu kisah luar biasa selepas membantu The Gunners mengikat Bayer Leverkusen 1-1  dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, semalam.
Havertz masuk sebagai pemain gantian berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-89 untuk memastikan Arsenal membawa pulang kelebihan jaringan di tempat lawan menjelang aksi timbal balik di London minggu depan.
Penyerang Jerman itu sebelum ini menghabiskan sedekad bersama Leverkusen sebelum berhijrah ke Chelsea pada 2020 dan membantu kelab London itu menjulang trofi Liga Juara-Juara pada 2021 sebelum menyertai Arsenal pada 2023.
Arteta berkata, detik tersebut menunjukkan bagaimana bola sepak mampu menghasilkan kisah dramatik.
“Bola sepak sentiasa menulis cerita yang luar biasa. Kai kembali ke sini selepas bertahun-tahun dan berjaya menjaringkan penalti itu. Ia satu kisah yang hebat,” katanya.
Havertz yang menerima tepukan penyokong tuan rumah ketika masuk pada minit ke-74 tenang menyempurnakan sepakan penalti menewaskan penjaga gol Leverkusen, Janis Blaswich.
Havertz sebelum ini terlepas sebahagian besar musim akibat kecederaan lutut namun mengakui tekanan ketika mengambil penalti pada penghujung permainan tidak menjejaskannya walaupun terpaksa menunggu lama berikutan semakan video bantuan pengadil (VAR).
“Penalti pada minit akhir bukan mudah. Masa antara wisel dan mengambil sepakan terasa sangat lama, tetapi dalam saat seperti itu anda perlu kekal fokus,” katanya. – AFP
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN