Galatasaray tumpaskan Liverpool 1-0

Galatasaray tumpaskan Liverpool 1-0

PEMAIN Galatasaray meraikan kejayaan mereka menumpaskan Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, hari ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Kebimbangan Liverpool dalam kunjungan ke Türkiye menjadi kenyataan apabila tumpas 0-1 kepada Galatasaray dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Mario Lemina muncul wira tuan rumah apabila meledak gol kemenagan untuk Galatasaray meraih bekalan tipis menjelang aksi timbal balik di Anfield, minggu depan.

Lemina menjaringkan gol kemenangan menerusi tandukan seawal minit ketujuh selepas Victor Osimhen menanduk bola sepakan penjuru ke arah gawang.

Keputusan itu mengulangi pertemuan kedua-dua pasukan pada September lalu dalam fasa liga apabila Galatasaray turut menang 1-0 hasil sepakan penalti Osimhen.

Liverpool menjaringkan gol pada minit ke-70 selepas kekecohan di depan gawang, namun jaringan berkenaan dibatalkan selepas semakan VAR mendapati bola terkena tangan pertahanan, Ibrahima Konate sebelum masuk ke dalam gawang.

Selepas mendahului, Galatasaray terus mengasak dengan penjaga gol Liverpool, Giorgi Mamardashvili, melakukan beberapa aksi menyelamat penting.

Ketika masa semakin suntuk, Liverpool kembali mengancam tetapi penjaga gol tuan rumah, Ugurcan Cakir, melakukan satu lagi aksi cemerlang untuk menafikan percubaan Hugo Ekitike.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN