Bezzecchi menang GP Brazil

Bezzecchi menang GP Brazil

MARCO BEZZECCHI - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOIANIA, Brazil: Penunggang Itali, Marco Bezzecchi dari pasukan Aprilia mempamerkan prestasi cemerlang apabila menjuarai Grand Prix (GP) Brazil di Autodromo Ayrton Senna, Goiania, semalam.

Bezzecchi, yang memenangi GP pembukaan musim di Thailand tiga minggu lalu menamatkan perlumbaan di hadapan rakan sepasukannya, Jorge Martin dan Fabio Di Giannantonio dari Ducati di tempat ketiga.

“Sejujurnya, saya tidak menjangka kemenangan di Brazil. Saya sangat gembira dengan prestasi ini.

“Kami bekerja keras di garaj bersama pasukan saya untuk cuba menyesuaikan segala-galanya, termasuk cara saya menunggang motosikal, kami cuba mencari kombinasi yang sempurna,” kata Bezzecchi.

Itu merupakan detik penting buat Bezzecchi kerana ia menandakan kali pertama dalam kariernya memenangi empat GP berturut-turut dan juga kali pertama seorang penunggang Aprilia melakukan pencapaian itu.

Kedudukan satu-dua Aprilia di Brazil juga bermakna mereka kini memimpin kejuaraan pembuat dengan 64 mata.

Juara dunia dari Sepanyol, Marc Marquez dari Ducati yang memenangi perlumbaan pecut pada Sabtu lalu di litar Brazil terpaksa berpuas hati dengan tempat keempat.

Rakan senegaranya, Pedro Acosta (KTM), yang tiba di Brazil dengan mendahului carta kejuaraan, kehilangan kedudukan teratasnya kepada Bezzecchi selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.

Bezzecchi kini mengumpul 56 mata, 11 mata mengatasi Martin di tempat kedua dengan Acosta ketinggalan tiga mata lagi.

Perlumbaan tersebut dipendekkan daripada 31 kepada 23 pusingan kerana cuaca panas melampau yang menjejaskan prestasi tayar dan membahayakan keselamatan penunggang. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN