Azizulhasni raih emas di Piala Dunia

Azizulhasni raih emas di Piala Dunia

Azizulhasni Awang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang membuktikan dirinya masih berbisa apabila merangkul pingat emas acara keirin dalam siri Piala Dunia Berbasikal Trek di Perth, Australia, hari ini.

Azizulhasni menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 9.862 saat (s) sekali gus menewaskan pelumba No. 1 dunia, Matthew Richardson dari England yang dipisahkan 0.002s. Gangsa menjadi milik Leigh Hoffman dari Australia.

Dalam perlumbaan di Velodrom Speed Dome itu, Azizulhasni berada di kedudukan keenam sebelum menghambat pelumba lain apabila loceng menandakan pusingan akhir dibunyikan.

AZIZULHASNI Awang beraksi cemerlang dalam siri Piala Dunia Berbasikal Trek di Perth, Australia, hari ini.

Pelumba berusia 38 tahun itu berdepan cabaran sengit daripada Richardson apabila pemenang ditentukan berdasarkan photo finish.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN