Atletico benam Tottenham 5-2

Atletico benam Tottenham 5-2

ATLETICO Madrid meraih bekalan selesa untuk ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Atletico Madrid meraih bekalan selesa untuk melangkah ke peringkat suku akhir apabila membelasah Tottenham 5-2 dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Kemenangan besar tersebut sekali gus memberi tekanan besar kepada wakil Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menjelang perlawanan timbal balik di London pada minggu depan.

Skuad bimbingan Diego Simeone memanfaatkan kesilapan pertahanan Tottenham untuk menjaringkan tiga gol dalam tempoh sembilan minit aksi babak pertama di Stadium Metropolitano.

Penjaga gol Spurs, Antonin Kinsky, yang membuat penampilan pertama sejak Oktober, mengharungi malam sukar apabila dua kesilapannya membantu Atletico mendahului dengan selesa sebelum dia digantikan pada minit ke-17.

Marcos Llorente membuka tirai jaringan pada minit keenam selepas Kinsky tergelincir ketika cuba mengeluarkan bola dari kawasan sendiri.

Lapan minit kemudian, Antoine Griezmann menggandakan kelebihan tuan rumah apabila pertahanan Spurs, Micky van de Ven, turut tergelincir ketika cuba mengawal hantaran mudah.

Seminit selepas itu, Julian Alvarez menjaringkan gol ketiga selepas Kinsky gagal menyempurnakan sepakan keluar, sekali gus menyaksikan Atletico mendahului tiga gol paling awal dalam sejarah aksi kalah mati Liga Juara-Juara.

Tottenham kemudian menggantikan Kinsky dengan Guglielmo Vicario, namun Atletico terus menambah jaringan apabila tandukan Robin Le Normand melepasi garisan gol selepas sepakan percuma Griezmann ditepis keluar.

Spurs akhirnya merapatkan jurang menerusi jaringan Pedro Porro pada minit ke-26, namun Alvarez memastikan kelebihan besar tuan rumah apabila menjaringkan gol kelima pada minit ke-55.

Tottenham memperoleh gol kedua pada minit ke-76 apabila penyerang Dominic Solanke memanfaatkan kesilapan penjaga gol Atletico, Jan Oblak.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN