Adib, Akmal rebut tempat ke ACC

Adib, Akmal rebut tempat ke ACC

Atlet berbasikal negara, Mohd Akmal Nazimi Jusena (kiri) ketika braksi di Sukan SEA Thailand 2025
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pelumba berbasikal trek negara, Adib Andhar Andan dan Mohd Akmal Nazimi Jusena akan bersaing merebut posisi dalam acara pecut berpasukan di Berbasikal Trek Asia (ACC).

Ketua jurulatih negara, Harnizam Basri berkata, penilaian secara menyeluruh akan dilakukan terhadap kedua-dua pelumba itu dengan hanya salah seorang daripada mereka akan menyertai skuad negara.

“Adib atau pun Akmal. Mereka akan berlawan sesama sendiri untuk dapatkan slot pelumba pertama.

“Siapa paling laju dia akan dipilih. Kita akan tengok kelajuan mereka berdua ini terutamanya pada selekoh pertama,” katanya menjelang penyertaan ke ACC yang dijadual berlangsung di Filipina dari 25 hingga 31 Mac ini.

Menurut Harnizam, Adib atau Akmal akan diletakkan pada slot pelumba pertama diikuti Muhammad Ridwan Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis sebagai pelumba ketiga.

Kelebihan dilihat berpihak kepada Akmal selepas dia pernah membantu skuad negara untuk meraih pingat gangsa pada ACC 2025 bersama Ridwan dan Fadhil.

Harnizam yang ketika ini berada di Melbourne mengesahkan Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut bersama pasukan bagi menjalani sesi pemulihannya.

Terdahulu, Shah Firdaus mengalami kecederaan lutut kanan dan telah menjalani pembedahan pada Oktober lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN