TFC tempah laluan getir, KL City anggap seri bukan penamat

TFC tempah laluan getir, KL City anggap seri bukan penamat

PEMAIN Terengganu FC (TFC), Muhammad Ubaidulah Shamsul Fazili (kiri) mengasak pemain Kuala Lumpur City FC pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Hilang fokus pada saat akhir menghukum Terengganu FC apabila diikat 1-1 oleh Kuala Lumpur City (KL City FC) dalam aski suku akhir pertama Piala Malaysia, kelmarin.

Keputusan itu pastinya memberi kesukaran buat skuad kendalian Tengku Hazman Raja Hassan untuk beraksi pada aksi timbal balik di gelanggang lawan pada 13 Februari ini.

Dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, kelmarin, skuad Sang Penyu mendahului 1-0 hingga di minit ke-83, namun dihukum oleh gol penyamaan Nicalao Dumitru.

Tengku Hazman mengakui anak buahnya gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mencari bekalan selesa namun, tetap berpuas hati dengan kesungguhan pemain.

Katanya, pemain bekerja keras mencipta peluang, namun tekanan berdepan pasukan berkualiti seperti KL City FC menyebabkan mereka melakukan kesilapan sehingga dihukum dengan gol penyamaan.
“Kita lihat KL City dari segi individu memang bagus. Kombinasi permainan mereka khususnya di bahagian tengah sangat berkualiti selain pemain gantian yang dimasukkan turut memberi impak.
“Saya puji pemain saya kerana mampu menyerap tekanan itu dengan kualiti yang kita ada,” katanya selepas perlawanan itu.

Sementara itu, Jurulatih skuad The City Boys, Risto Vidakovic berkata, anak buahnya berdepan aksi yang sukar, namun disiplin dan ketahanan mental membolehkan KL City membawa pulang keputusan positif.

“Saya fikir kami bermain sangat baik dan mengawal hampir keseluruhan perlawanan. Kami mungkin layak mendapat lebih daripada keputusan ini tetapi kredit harus diberikan kepada para pemain yang tidak pernah berputus asa,” katanya.

Menurutnya, keputusan seri itu belum menamatkan segalanya kerana masih aksi timbal balik yang bakal menjadi penentu pasukan layak ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN