Peluang City ‘kejar’ Arsenal

Peluang City ‘kejar’ Arsenal

EERLING Haaland dijangka terus menjadi taruhan manchester City untuk merobek gawang Leeds United. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester City berpeluang merapatkan jurang mata dengan Arsenal ketika bertandang ke Elland Road untuk berdepan Leeds United, awal pagi esok.

Skuad kendalian Pep Guardiola ketika ini terus menekan di belakang dengan jurang hanya lima mata dan bermain kurang satu perlawanan berbanding Arsenal.

Anak buah Mikel Arteta kembali bergelut dengan tekanan perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila seri menentang Brentford dan Wolves bulan ini.

The Gunners akan berdepan tugas sukar untuk melebarkan penguasaan di puncak liga apabila dijadual berdepan Chelsea yang kini dikendalikan oleh Liam Rosenior.

Namun, Chelsea yang kini di tangga kelima, tidak pernah menewaskan Arsenal sejak tahun 2021 dan sudah tewas dua kali dalam aksi separuh akhir Piala Liga musim ini.

Apa yang membimbangkan Arteta, Arsenal tidak kebal di Emirates selepas seri menentang Liverpool dan tewas kepada Manchester United dalam dua aksi terakhir bertemu pasukan kelompok enam teratas.

Pada ketika hanya 10 perlawanan berbaki selepas hujung minggu ini, setiap mata kini amat berharga dalam perebutan takhta liga, khususnya buat dua pasukan teratas.

City membawa momentum lima kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan menjelang kunjungan ke Elland Road.

Namun, Leeds kendalian Daniel Farke bukan lawan mudah kerana sejak Januari, lima daripada enam pasukan kelompok teratas liga sudah menentang Leeds dan semuanya kecuali Arsenal sekadar mampu seri.

Leeds yang kini di tangga ke-15 dan enam mata di atas zon penyingkiran, sudah mengikat Liverpool, United, Chelsea dan Aston Villa dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Tottenham pula menjadi satu-satunya pasukan tanpa kemenangan liga pada 2026.

Skuad kendalian Igor Tudor kini hanya empat mata di atas zon penyingkiran selepas mengharungi sembilan perlawanan tanpa kemenangan.

Mereka sekadar mengutip dua mata daripada lima aksi terakhir dan perlu segera bangkit apabila bertandang ke laman Fulham pada Ahad ini.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN