Kem terjun semakin sukar ke Olimpik LA 2028

Kem terjun semakin sukar ke Olimpik LA 2028

Bertrand Rhodict Lises menjadi sandaran negara untuk layak ke pentas Olimpik Los Angeles (LA) 2028.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kem terjun negara berdepan risiko tiada wakil di pentas Olimpik Los Angeles (LA) 2028 selepas Akuatik Dunia (WA) mengubah syarat kelayakan ke temasya terbesar dunia itu.

Menurut syarat baharu, hanya lapan penerjun terbaik bagi setiap acara individu di Kejohanan Akuatik Dunia 2027 di Budapest akan meraih tiket awal ke Olimpik, berbanding format terdahulu yang membenarkan kesemua 12 finalis layak secara automatik.

Bagi acara seirama turut diperketatkan apabila hanya tujuh slot negara akan ditentukan menerusi dua kejohanan Piala Dunia Terjun pada 2028 tanpa mengambil kira slot automatik tuan rumah.

Sebelum ini, pemenang pingat Kejohanan Dunia layak secara automatik dan baki tempat dalam acara itu di pentas Olimpik ditentukan di Piala Dunia.

Sementara itu, bagi slot benua masih dikekalkan, namun hanya juara individu setiap benua akan memperoleh slot kuota untuk negara masing-masing, sekali gus mengehadkan lagi peluang negara membangun untuk menembusi pentas Olimpik.

Pengarah Teknikal Terjun Akuatik Malaysia (MAS), Yeoh Ken Nee berkata, peluang untuk penerjun wanita sangat terhad manakala bagi lelaki akan tertumpu kepada acara platform.

“Sekarang ini hendak layak ke Olimpik bukan sukar sebab had kelayakan tetapi negara lain semakin maju dan meningkatkan standard mereka. Kita sekarang tiada penerjun wanita yang dominan seperti sebelum ini.

“Harapan kini terletak pada acara platform lelaki dengan kita ada barisan terkuat seperti, Bertrand Rhodict Lises, Elvis Priestly Clement, Enrique Harold Maccartney dan Jared Aiden Harold,” kata Ken Nee kepada Utusan Malaysia.

Secara keseluruhan, Malaysia kekal menyertai acara terjun sejak 26 tahun lalu dan meraih satu pingat perak menerusi Datuk Pandelela Rinong dalam acara 10 meter (m) platform pada London 2012 dan membawa pulang gangsa empat tahun kemudian di Brazil 2016 bersama bekas penerjun Cheong Jun Hoong dalam seirama 10m platform.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN