Slot faham kekecewaan peminat

Slot faham kekecewaan peminat

ARNE Slot kecewa Liverpool gagal mengutip tiga mata penuh.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui beliau dan para pemain berkongsi kekecewaan yang sama dengan penyokong selepas The Reds diikat 1-1 oleh Burnley dalam saingan Liga Perdana Inggeris(EPL) di Anfield,semalam.

Keputusan itu menyaksikan juara bertahan itu kini ketinggalan tujuh mata daripada kelompok tiga teratas, meskipun mereka mendominasi perlawanan dengan 11 percubaan tepat ke arah gol berbanding hanya satu oleh Burnley yang sedang bergelut di tangga ke-19.

Slot berkata, reaksi keras penyokong bukanlah ejekan semata-mata, sebaliknya luahan kekecewaan yang wajar.

“Dalam fikiran saya, ia bukan ejekan, tetapi jelas satu kekecewaan. Kami bermain di tempat sendiri menentang Burnley, keputusan seri bukan sesuatu yang boleh diterima,” katanya.

Pengendali dari Belanda itu berkata, Burnley wajar diberi kredit atas disiplin pertahanan mereka, namun menegaskan standard Liverpool jauh lebih tinggi daripada sekadar tidak kalah.

“Standard kami bukan sekadar tidak kalah. Standard kami adalah menang setiap perlawanan. Jika kami tidak lagi kecewa dengan keputusan seri di Anfield, maka ada sesuatu yang tidak kena. Saya faham sepenuhnya perasaan penyokong.

“Saya sendiri kecewa, dan pemain juga merasai perkara yang sama,” katanya selepas perlawanan.

Liverpool mendahului menerusi jaringan Florian Wirtz sebelum rehat, namun kecuaian di benteng pertahanan membolehkan Marcus Edwards menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

“Ada tanda amaran besar apabila kami hampir menjaringkan gol sendiri. Gol yang dibolosi datang daripada situasi yang hampir sama.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN