Skuad hoki 5s Perak bermula cemerlang

Skuad hoki 5s Perak bermula cemerlang

PEMAIN Terengganu, Ahmad Idham (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Perak, Syed Izzul Akmal ketika kedua-dua pasukan berentap dalam perlawanan pertama Kejohanan Hoki 5 Sebelah Bawah 21 Kebangsaan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini,semalam. Gambar ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permainan pantas menjadi senjata utama Perak ketika ketika menumpaskan Terengganu 7-4 dalam aksi pertama Kejohanan Hoki 5s Bawah 21 Kebangsaan 2026, semalam.

Jurulatih Perak, Muhammad Fahmi Khalid berkata, corak permainan pantas khususnya pada babak pertama telah dirancang lebih awal bag memerangkap Terengganu.

“Strategi kami adalah untuk mencari gol awal sebagai langkah selamat memandangkan pemain hanya sempat menjalani latihan selama dua hari. Untuk mengekalkan intensiti sehingga tamat perlawanan memang mencabar.

“Suku kedua sudah nampak pemain agak letih, maka lima gol awal pada babak pertama adalah faktor kepada kepada kemenangan pasukan,” katanya ketika ditemui di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Fahmi Khalid berkata, sasaran seterusnya adalah untuk menamatkan saingan peringkat kumpulan dalam kelompok teratas untuk membolehkan Perak ke peringkat separuh akhir.

Tujuh gol Perak dalam aksi di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu disumbangkan oleh Rahuul Fazrien Muhammad Nazrien, Muhammad Izz Ilhan Azrul Ridzuan (dua gol), Muhammad Faiz Afzan Mohd Faizal serta Riezqy Afiq Alamsyar Mohd Noor.

Untuk rekod, pada edisi 2024, Perak pernah muncul juara dalam kejohanan berkenaan selepas menumbangkan juara, Pahang 4-1 dalam perlawanan akhir.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN