Rybakina mahu lunas dendam

Rybakina mahu lunas dendam

Elena Rybakina ketika membalas bola pukulan Jessica Pegula dalam saingan separuh akhir tenis Terbuka Australia di Melbourne. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Elena Rybakina kini dalam prestasi terbaik untuk membalas dendam terhadap pemain No.1 dunia, Aryna Sabalenka dalam final Terbuka Australia, hari ini.

Pertembungan berkenaan menjadi aksi ulangan final Terbuka Australia 2023, yang mana pada ketika itu Rybakina tumpas kepada pemain Sabalenka dalam aksi penuh dramatik.

Rybakina yang memburu gelaran Grand Slam kedua, menempah tiket ke final selepas menewaskan, Jessica Pegula, 6-3, 7-6 (9/7) dalam pertarungan sengit selama 1 jam 40 minit, semalam.

Ganjaran bagi pemain berusia 26 tahun itu adalah bertemu Sabalenka, yang meranapkan impiannya tiga tahun lalu dengan bangkit daripada ketinggalan satu set untuk memenangi trofi.

“Ia adalah pertarungan hebat dan saya rasa pada akhirnya dia bermain sedikit lebih baik dan berhak menang,” kata Elena mengenai final Melbourne 2023.

“Saya ingin menikmati final ini dan mudah-mudahan saya dapat melakukan servis lebih baik. Ia akan membantu saya dan sama-sama kita lihat nanti. Tapi saya sangat teruja untuk bertemunya,” kata bintang Kazakhstan itu.

Seperti Sabalenka, Rybakina masih belum tewas satu set pun sepanjang kejohanan, walaupun Jessica Pegula memberi cabarang sengit.

“Ia memang pertarungan hebat. Set kedua sangat epik. Saya sangat gembira dapat menanganinya. Saya bangga kerana tidak kira apa juga keadaan, saya mendahului dan walaupun perlawanan sangat sengit, saya tetap bertahan.

“Saya berjuang untuk setiap mata dan sangat gembira. Secara keseluruhan, banyak perkara positif yang boleh dibawa pulang. Kini saya cuma perlu berehat,” katanya,” tambah Rybakina.

Beliau yang lahir di Moscow dan menewaskan pemain No.2 dunia, Iga Swiatek, di suku akhir, cuba kembali menambah koleksi gelaran Grand Slam selepas kemenangan di Wimbledon 2022.

Untuk rekod, Rybakina kini berada dalam prestasi yang cemerlang, termasuk menewaskan Sabalenka untuk menjuarai WTA Finals di Riyadh pada November lalu, dan memenangi 19 daripada 20 perlawanan terakhirnya.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN