Nidzam anggap keputusan seri adil

Nidzam anggap keputusan seri adil

AKSI ketika Negeri Sembilan FC menentang Imigresen FC pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia kelmarin.-IHSAN MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, Nidzam Jamil mengakui keputusan seri tanpa jaringan menentang Imigresen FC dalam aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia sebagai satu keputusan yang adil.

Menurut Nidzam, anak buahnya berdepan cabaran besar berikutan jadual padat apabila terpaksa mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari, sekali gus memaksa beliau melakukan penggiliran dalam kesebelasan utama.

Katanya, keputusan menurunkan lima hingga enam pemain berbeza bukan satu pilihan mudah, namun perlu dilakukan demi menjaga tahap kecergasan pemain memandangkan skuad Negeri Sembilan tidak terlalu besar.

“Kita terpaksa buat penggiliran pemain kerana jadual yang mencabar. Jika skuad tidak cukup besar, ia memang sukar,” katanya.

Mengulas keputusan perlawanan, Nidzam berpendapat keputusan seri itu wajar selepas Negeri Sembilan sebelum ini berdepan perlawanan sukar menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC dalam saingan Liga Super.

“Selepas perlawanan menentang JDT dan Selangor, keputusan seri dalam aksi Piala Malaysia ini adalah adil. Kita tidak mahu buat kesilapan yang sama seperti di Piala FA. Sudah tentu kita mahu keluar dari sini dengan selesa, tetapi dalam masa sama kita perlu menghormati Imigresen.

“Mereka memberi ancaman menerusi Wilmar Jordan, kedua-dua sayap dan juga mencipta beberapa percubaan tepat,” katanya.

Keputusan seri tersebut menyaksikan skuad Jang perlu memberi fokus menjelang aksi timbal balik di Paroi pada 25 Januari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN