PETALING JAYA: Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) negara berjaya menempah tiket ke final dalam Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) 2026 di Stadium Yio Chu Kang, Singapura, esok.
Kejayaan tersebut hadir selepas skuad kendalian Nik Safuan Ismade Nik Man itu muncul juara Kumpulan B apabila membelasah Kemboja 66 tanpa balas kemudian menewaskan Brunei 57-7 serta menundukkan Singapura 38-0.
Malaysia akan bertemu Thailand pada aksi final esok.
Bagi kategori wanita, skuad negara turut mara ke final selepas muncul naib juara Kumpulan C.

Mereka memulakan kempen dengan langkah kiri apabila tewas 55-0 kepada Thailand sebelum bangkit melakar dua kemenangan, menewaskan Singapura 26-19 dan menundukkan Laos 26-14.
Malaysia akan bertemu Thailand pada aksi final esok.
“Secara keseluruhan, hari ini pemain menunjukkan prestasi yang amat baik. Kita bermula dengan perlahan ketika menentang Thailand.
“Kita berharap, esok pemain dapat memberi tentangan sengit kepada Thailand juga merupakan juara Sukan SEA 2025,” kata penolong jurulatih, Nazhiim Shahruddin. – UTUSAN










