Keys mara walau prestasi goyah

Keys mara walau prestasi goyah

MADISON Keys mara ke pusingan ketika Terbuka Australia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Pemain tenis Amerika Syarikat (AS), Madison Keys berjaya menempah tiket ke pusingan ketiga Terbuka Australia meskipun gagal mempamerkan aksi terbaik.

Keys bergelut dengan konsistensi, namun tidak penghalang juara bertahan itu untuk meneruskan kemaraan apabila menewaskan rakan senegara, Ashlyn Krueger, 6-1, 7-5.

Pemain berusia 30 tahun itu hanya memerlukan 23 minit untuk merangkul set pertama hasil permainan agresif dengan servis tajam serta memanfaatkan ketiga-tiga peluang break.

Namun, Keys kembali goyah pada set kedua apabila beberapa kesalahan berganda membuka ruang buat Krueger, 21, meraih dua break dan mendahului tiga permainan.

Tidak mahu dimalukan, pemain No.9 dunia itu segera bangkit, memenangi lima permainan berturut-turut untuk menutup perlawanan dan meneruskan kemaraan.

“Saya bermula dengan sangat baik dan menjangkakan Ashlyn akan menaikkan tahap permainannya, dan itu memang berlaku.

“Apabila momentum kembali memihak saya, fokus utama adalah untuk kekal konsisten dan kembali ke tahap terbaik ,” katanya.

Kemenangan itu hadir dua hari selepas Keys turut bergelut sebelum menundukkan pemain Ukraine, Oleksandra Oliynykova, di pusingan pertama.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN