MELBOURNE: Pemain pilihan ketiga, Coco Gauff mara ke pusingan kedua Terbuka Australia selepas mencatat kemenangan straight set, hari ini.
Pemain berusia 21 tahun itu menewaskan wakil Uzbekistan, Kamilla Rakhimova 6-2, 6-3 Arena Rod Laver.
Pemain Amerika Syarikat (AS) itu akan bertemu Olga Danilovic dari Serbia yang sebelum ini menewaskan Venus Williams.
“Saya mahu memenangi kejohanan ini. Saya hanya berpuas hati jika saya menang, tetapi saya tetap berbangga dengan diri sendiri tanpa mengira apa pun keputusannya,” kata Gauff. – AFP










