PARIS: Manchester City menerima kejutan terbesar dalam sejarah Liga Juara-Juara manakala juara bertahan, manakala Paris Saint-Germain (PSG) diaibkan namun Gabriel Jesus menjadi watak penting membantu Arsenal mencipta kemenangan.
Manchester City di bawah kendalian Pep Guardiola tiba di Norway untuk perlawanan ketujuh dan kedua terakhir peringkat kumpulan menentang Bodo/Glimt namun dikejutkan dengan kekalahan 3-1.
Turut menerima nasib serupa, PSG yang tewas 2-1 kepada kelab Portugal, Sporting Lisbon.
Luis Suarez menjaringkan dua gol untuk Sporting Lisbon pada separuh masa kedua, menamatkan kemenangan dengan tandukan pada minit ke-90 selepas pemain gantian, Khvicha Kvaratskhelia menyamakan kedudukan untuk PSG pada minit ke-79.
Jesus menjaringkan dua gol untuk Arsenal sebelum Viktor Gyokeres menyumbat gol ketiga untuk membantu The Gunners menewaskan Inter Milan 3-1.
“Saya tahu betapa hebatnya pasukan Bodo/Glimt. Saya tidak memandang rendah mereka. Saya tidak tahu banyak tetapi mereka sampai ke separuh akhir musim lalu Liga Europa dan ia masih segar dalam ingatan,” kata Guardiola. – AFP










