Carrick mahu pemain kekal aksi cemerlang

Carrick mahu pemain kekal aksi cemerlang

PEMAIN Manchester United, Patrick Dorgu (dua dari kiri) meraikan jaringan kedua tuan rumah bersama rakan sepasukan ketika menentang Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris, di Old Trafford.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Michael Carrick mahu anak buahnya mengekalkan prestasi cemerlang selepas kemenangan 2-0 ke atas Manchester City memberikan permulaan impian untuknya sebagai pengendali sementara kelab itu.

Red Devils dipacu semangat oleh perubahan pengurusan apabila jaringan Bryan Mbeumo dan Patrick Dorgu memberi tamparan hebat kepada usaha City mengejar gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kemenangan itu sekaligus menghidupkan kembali aura kebangkitan skuad The Red Devils yang sebelum ini dibelengu prestasi tidak konsisten dalam saingan EPL.

Carrick lega serta berpuas hati terhadap reaksi pemain yang jelas bersemangat selepas perubahan di barisan pengurusan.

“Ini permulaan yang positif. Pemain memberikan segala-galanya di atas padang dan itu yang saya mahu lihat,” katanya.

Kemenangan itu juga menyaksikan United melonjak ke tangga keempat liga, kemenangan kedua daripada lapan perlawanan dalam semua kejohanan, sekali gus meredakan tekanan yang menghimpit kelab sejak beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, Carrick mengingatkan anak buahnya agar tidak dibuai kejayaan singkat, terutama menjelang pertemuan getir menentang pendahulu liga, Arsenal, minggu depan.

“Konsistensi adalah segalanya. Kami perlu buktikan bahawa prestasi seperti ini boleh dikekalkan, bukan sekadar satu perlawanan,” ujar Carrick.

United berpeluang mencatat kemenangan lebih besar, namun tiga gol dibatalkan kerana ofsaid selain beberapa percubaan berbahaya dinafikan oleh aksi tangkas penjaga gol City, Gianluigi Donnarumma.

United sebelum ini bergelut menentang pasukan bawahan apabila gagal meraih kemenangan di laman sendiri ke atas Wolves, Bournemouth, West Ham dan Everton, satu faktor yang menyumbang kepada pemecatan Ruben Amorim.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN