Basikal lebuhraya buru slot kategori A

Basikal lebuhraya buru slot kategori A

Aisyah Zubir antara harapan negara dalam acara basikal lebuhraya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2026 bakal menjadi pentas skuad basikal lebuhraya negara memburu tiket kategori A ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Jurulatih kebangsaan, Amir Mustafa Rusli berkata, pencapaian di ACC menjadi kriteria utama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menentukan sama ada kem lebuhraya layak atau tidak diletakkan dalam kategori A.

“ACC adalah kejohanan paling penting kerana di situlah penilaian dibuat untuk menentukan sama ada kita berada pada landasan ke Sukan Asia atau sebaliknya.

“Syarat MOM jelas iaitu pasukan perlu menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik Asia untuk mendapatkan kategori A,” kata Amir.

Menurut Amir, keyakinan itu disokong perkembangan positif prestasi pelumba negara hasil pendedahan kompetitif di peringkat serantau termasuk Sukan SEA dan kejohanan tempatan berprofil tinggi.

Beliau menjelaskan ACC juga akan menjadi penentu hala tuju program lebuhraya negara sama ada memberi fokus penuh kepada Sukan Asia atau memperluaskan sasaran ke temasya lain seperti Sukan Komanwel.

Barisan pelumba negara yang akan menggalas cabaran di ACC yang berlangsung di Tagaytay, Filipina adalah Aisyah Zubir, Yeong Zhen Yi, Lau New Joe, Yusri Shaari dan Hafiq Mohd Jafri.

Untuk rekod, pada Sukan SEA Thailand 2025 bulan lalu Aisyah antara yang cemerlang apabila menghadiahkan pingat emas menerusi acara scratch.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN