BAM belanja RM55 juta setahun

BAM belanja RM55 juta setahun

Presiden BAM, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz pada sidang akhbar Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026, di Stadium Axiata Arena, di sini, semalam. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memerlukan kira-kira RM55 juta setahun untuk memastikan operasi persatuan dan pembangunan pemain dapat diteruskan secara berterusan.

Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, sehingga November lalu, perbelanjaan BAM termasuk elaun pemain, jurulatih serta kos penyertaan kejohanan telah mencecah RM54 juta.

Menurut Tengku Zafrul, dua kategori perbelanjaan terbesar ialah elaun pemain dan jurulatih serta kos penyertaan pemain dalam kejohanan antarabangsa. 

“Itu masih dalam proses penetapan kerana akaun belum ditutup lagi. Tetapi saya boleh maklumkan sehingga akhir November, jumlah perbelanjaan bagi 11 bulan pertama hampir mencecah RM54 juta.

“Untuk mengekalkan operasi, kami memerlukan kira-kira RM55 juta setahun, dan jumlah itu dijangka meningkat pada masa akan datang.

“Kami juga perlu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan bantuan kira-kira 5.5 juta tahun ini,” kata Tengku Zafrul selepas mesyuarat Ahli Majlis BAM di Axiata Arena, semalam.

Tengku Zafrul turut menegaskan kos menjadi tuan rumah kejohanan juga menyumbang sebahagian besar perbelanjaan, namun ia disokong sebahagian dengan pendapatan daripada penajaan dan yuran penyertaan.

Dalam perkembangan lain, BAM telah bersetuju menaikkan elaun pemain remaja daripada RM400–600 sebulan kepada sehingga RM1,000 sebulan, sebagai usaha meningkatkan motivasi dan menyokong pembangunan atlet muda.

“Kos untuk buat tali raket ini tidak termasuk dalam elaun bulanan yang bakal dinaikkan kepada RM1,000 untuk semua pemain junior. Ia adalah perbelanjaan berasingan yang pemain perlu uruskan sendiri,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN