Azeem jadi keutamaam MA

Azeem jadi keutamaam MA

MOHAMMAD AZEEM FAHMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Olahraga Malaysia (MA) telah menyenaraikan Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan pada Mac depan sebagai salah satu daripada pertandingan yang perlu disertai pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi bagi musim 2026.

Bagaimanapun, Presiden MA, Datuk Karim Ibrahim berkata, pihaknya perlu memastikan Azeem mendapat pelepasan daripada Universiti Auburn sebelum bertanding di Poland yang turut menawarkan slot wild card.

“Kejohanan itu memang ada dalam kalendar Azeem pada musim ini tapi masalahnya adalah kita perlu pastikan dengan dia sama ada universitinya memberi kebenaran atau tidak.

“Kalau Azeem ada peperiksaan pada waktu itu mungkin dia tidak mendapat pelepasan. Jika universiti tidak melepaskan Azeem, kita akan pilih Danish (Iftikhar Muhammad Roslee) untuk menggantikannya,” katanya.

Bagi melayakkan diri secara merit, Azeem merupakan penerima biasiswa penuh Universiti Auburn perlu melakukan catatan masa 6.59 saat (s) sebelum menggunakan slot wild card.

Azeem memulakan musim ini dengan cemerlang apabila memenangi acara 60 meter (m) selepas melakukan larian 6.60 saat (s) pada Kejohanan Jemputan UAB Blazer di Birmingham CrossPlex, Alabama, 9 Januari lalu.

Dia kemudiannya menamatkan larian di tempat kedua acara 60m dengan catatan masa yang sama pada Kejohanan Terbuka Samford, minggu lalu.

Karim turut berkata, keutamaan tetap diberikan kepada Azeem berdasarkan prestasi semasanya ketika ini dan perbincangan lanjut akan diadakan bersama Azeem dan jurulatihnya.

“Kita akan hubungi Azeem dan jurulatihnya, selepas itu baru kita buat keputusan siapa yang akan dihantar,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN