Pecut berpasukan raih emas, pecah rekod kebangsaan

Pecut berpasukan raih emas, pecah rekod kebangsaan

Atlet berbasikal negara, Mohd Akmal Nazimi Jusena, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Muhammad Ridwan Sahrom beraksi dalam acara Sprint berpasukan lelaki pada Sukan SEA Thailand 2025 di Velodrom Hua Mark di sini hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Skuad berbasikal menutup tirai Sukan SEA Thailand 2025 dengan prestasi cemerlang apabila berjaya satu lagi pingat emas menerusi acara pecut berpasukan lelaki, hari ini.

Dalam aksi di Velodrom Hua Mak itu, trio negara, Muhammad Fadhil Zonis, Muhammad Ridwan Sahrom dan Akmal Nazimi turut memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 1 minit 0.520 saat (s).

Mereka memadam catatan lama 1:02.007s yang dilakukan oleh gandingan legenda Datuk Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Muhammad Edrus Yunus ketika Sukan Asia Incheon 2014.

Menurut Muhammad Fadhil, beliau berbangga dengan pencapaian pasukan kerana semua pelumba menunjukkan semangat juang tinggi untuk meraih emas.

“Selaku pelumba senior dalam pasukan pecut, saya bangga dengan Ridwan dan Akmal, mereka memberikan segala-galanya untuk meraih pingat emas an untuk saya, hari ini saya dapat tebus pingat

“Sejujurnya semalam, ada rasa terkilan gagal butirkan pingat dalam keirin tetapi Alhamdulillah Ridwan berikan yang terbaik untuk raih pingat emas.

“Emas ini adalah ganjaran untuk kami selepas lebih sebulan berlaih di Chiang Mai dan lebih setahun persediaan untuk sertai temasya Sukan SEA Thailand 2025,” katanya ketika ditemui.

Selain pingat emas menerusi pecut berpasukan,kem basikal hari ini turut meraih pingat perak menerusi Newjoe Lau dalam acara men point race individu.

Terdahulu semalam, pasukan berbasikal trek Malaysia beraksi cemerlang apabila membolot tiga emas dalam tiga acara awal di Sukan SEA Thailand 2025.

Muhammad Ridwan memulakan pesta kem Malaysia menerusi acara keirin lelaki sebelum, Nur Aisyah Mohamad Zubir berjaya meraih emas dalam acara scratch wanita.

Gandingan Abdul Azim Aliyas, Newjoe Lau, Muhammad Hafiq Mohd Jafri dan Muhammad Yusri Shaari pula mempamerkan kayuhan bertenaga untuk emas dalam acara kejar mengejar lelaki.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN