BANGKOK: Skuad kriket negara berjaya menebus kehampaan pada edisi Kemboja apabila meraih pingat emas di Sukan SEA Thailand 2025 menerusi acara T20, hari ini.
Dalam aksi terakhir liga sepusingan juga juga penentu pingat, Virandeep Singh muncul wira apabila membantu Malaysia menewaskan Singapura dengan enam wiket.
Virandeep melakukan 65 larian daripada 40 bola, sekali gus menghadiahkan emas T20 pertama Malaysia selepas dua kali muncul naib juara pada edisi 2017 dan Kemboja 2023.
Filipina meraih pingat perak selepas menewaskan Thailand dengan satu wiket, manakala Singapura membawa pulang gangsa di Padang Kriket Terdthai.-UTUSAN










