Kejohanan MFGA 2025 himpun 136 pemain golf seluruh negara

Kejohanan MFGA 2025 himpun 136 pemain golf seluruh negara

PARA peserta yang menjayakan Kejohanan Grand Final tahun lalu di Kota Seriemas Golf & Country Club.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Flying Golfers Association (MFGA) akan menganjurkan Kejohanan Tahunan 2025 pada 14 Disember ini di Kota Seriemas Golf & Country Club dengan menghimpunkan seramai 136 pemain golf dari seluruh negara.

MFGA menerusi kenyataan berkata, penyertaan para pemain bagi pertandingan berprestij itu turut menekankan semangat kesukanan, jaringan persahabatan dan penghargaan terhadap sukan golf.

“Sebagai antara acara utama persatuan, penganjuran kejohanan ini terus mengukuhkan profil pelancongan golf negara selain mempererat kerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan industri seperti agensi pelancongan, syarikat penerbangan, resort dan penggiat industri golf.

“Kejohanan tahun ini turut menawarkan pengalaman menarik kepada peserta melalui padang 18 lubang bertaraf kejohanan, beberapa kategori pertandingan termasuk cabaran novelty seperti Longest Drive, Nearest to the Pin dan Hole-in-One, selain kit selamat datang eksklusif dan hadiah premium. Majlis makan tengah hari serta penyampaian hadiah turut menjadi pelengkap acara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MFGA turut merakamkan penghargaan kepada rakan penganjur iaitu Leonian Malaysia, Phoenix, Alva Water, Mas Awana, Flydubai, Air Arabia dan Tourism Malaysia atas sokongan mereka dalam menjayakan program berkenaan.

Pada masa sama, MFGA mengucapkan terima kasih kepada semua padang golf dan rakan industri yang konsisten menyokong usaha memperkasa pelancongan golf serta memperkukuh hubungan dalam komuniti golf negara.

Kejohanan Tahunan MFGA 2025 menjadi simbol komitmen persatuan dalam memupuk semangat kesepunyaan dalam kalangan pemain selain terus mengangkat Malaysia sebagai destinasi golf terkemuka di rantau ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN