Jonah akhiri penantian 32 tahun

Jonah akhiri penantian 32 tahun

ATLET lontar peluru negara, Jonah Chang Rigan ketika beraksi dalam acara lontar peluru di Sukan SEA Thailand 2025.- Ihsan Olahraga Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Jaguh lontar peluru negara, Jonah Chang Rigan mencipta sejarah apabila menamatkan kemarau 32 tahun Malaysia untuk memenangi pingat emas acara lontar peluru lelaki di Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.

Jonah bukan sahaja menghadiahkan emas buat negara, malah memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri serta rekod temasya menerusi lontaran sejauh 18.78 meter (m) di Stadium Nasional Suphachalasai, di sini.

Pingat perak dimenangi atlet tuan rumah, Thongchai Silamool dengan lontaran 16.80m, manakala gangsa menjadi milik Morrison yang mencatat 16.66m

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara itu adalah pada edisi 1993 di Singapura menerusi lontaran Arjan Singh, sekali gus menjadikan kejayaan atlet kelahiran Sarawak itu sebagai satu pencapaian bersejarah selepas lebih tiga dekad.

Rekod kebangsaan sebelum ini milik Jonah adalah 18.66m yang dicatatkan pada Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) pada September lalu, manakala rekod temasya lama ialah 18.14m milik atlet Filipina, William Morrison yang dilakukan pada edisi 2022.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN