BANGKOK: Atlet rejam lembing wanita negara, Ng Jing Xuan memecahkan rekod kebangsaanuntuk meraih pingat perak di Sukan SEA Thailand, 2025, hari ini.
Atlet berusia 21 tahun itu mencipta rekod kebangsaan baharu denan rejaman sejauh 52.17 meter (m) dalam aksi di Stadium Nasional Suphachalasai.
Catatan berkenaan turut mengatasi rekod peribadi miliknya 49.11m, yang dilakukan pada Kejohanan Terbuka Filipina pada Mei lalu.
Rekod kebangsaan sebelum ini dipegang oleh Siti Nur Nadiah Othman dengan catatan 49.34m yang direkodkan pada Terbuka Thailand 2014.
Pingat emas dimenangi atlet Thailand, Jariya Wichaidit, dengan lontaran 55.64m, manakala pingat gangsa menjadi milik wakil Indonesia, Nur Kamila Bahtiar, yang mencatat 51.66m.-UTUSAN










