Grace lakar emas hatrik baling tukul besi wanita

Grace lakar emas hatrik baling tukul besi wanita

Atlet lontar tukul besi wanita kebangsaan, Grace Wong Xiu Mei beraksi dalam acara tukul besi wanita pada Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Suphachalasai di sini hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Atlet baling tukul besi wanita negara, Grace Wong menepati ramalan untuk mempertahankan pingat emas di Sukan SEA Thailand 2025, sebentar tadi.

Lebih manis atlet kelahiran serawak itu turut memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri apabila mencatat balingan sejauh 65.41 meter (m) mengatasi rekod lama 63.53m.

Kejayaan di Stadium Nasional Suphachalasai itu juga merupakan ‘hatrik emas’ buat Grace selepas meraih pingat yang sama pada Sukan SEA Vietnam dan Kemboja

Pingat perak dan gangsa dalam acara itu dimenangi oleh atlet tuan rumah, Koomphon Mingkamon (60.74) dan Kaewasuksri Sawitree (56.27).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN