Danish buktikan kemampuan, raih gangsa 200m

Danish buktikan kemampuan, raih gangsa 200m

Danish Iftikhar Muhammad Roslee meraih gangsa dalam acara 200m Sukan SEA Thailand 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Jaguh pecut baharu negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee membuktikan pemilihannya ke Sukan SEA Thailand 2025 bukan sekadar tangap muat.

Selepas meraih gangsa dalam acara 100 meter, semalam, atlet kelahiran Johor tu sekali lagi mencuri tumpuan apabila meraih gangsa menerusi cara 200m, hari ini.

Lebih manis, catatan 20.73 saat (s) yang dilakukan atlet muda negara itu berjaya memecahkan rekod kebangsaan 200m, sekali gus catatan peribadi terbaiknya.

Dalam aksi di Stadium Nasional Suphachalasai itu, pingat emas seperti dijangka menjadi milik sensasi tuan rumah, Puripol Boonson yang mencatat masa 20.07s, manakala pelari Singapura, Marc Brian Louis meraih perak (20.72s)

Rekod kebangsaan sebelum ini milik Russel Taib yang dicatatkan pada 2019 di Queensland Track Classic.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN